Saya Mestilah Bersifat Seorang Muslim Terhadap Keluarga
Saya
Sebenarnya
apabila saya telah menganut agama Islam, saya wajib menjadi seorang pendukung
risalah ini di dalam kehidupan bahkan saya wajib menjadikan seluruh kehidupan
saya mematuhi segala arahan risalah ini.
Maka
apabila anutan saya terhadap Islam mewajibkan saya menjadi Muslim di dalam sudut
kejiwaan, akidah, ibadah dan akhlak maka kewajipan yang sama juga menuntut saya
berusaha menjadikan masyarakat yang saya hidup di dalamnya sebagai masyakat
muslim.
Adalah
tidak memadai dengan saya menjadi muslim seorang diri sahaja sedangkan
orang-orang di sekeliling saya tidak dihiraukan, kerana di antara kesan-kesan
dari seruan Islam dan kemesraannya di dalam jiwa manusia (jika ia telah
benar-benar beriman) ialah ia merasai tanggungjawabnya terhadap orang lain
dengan mengajak dan menasihati mereka dengan Islam serta ghairah mengambil berat
ke atas mereka sebagai realisasi dari amaran Rasulullah:
من بات ولم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
Yang
bermaksud:"Barang siapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan
umat Islam maka ia bukan dari golongan mereka".
Bertitik
tolak dari sinilah menyusulnya satu tanggungjawab ke atas saya, iaitu
tanggungjawab menegakkan masyarakat Islam dan tanggungjawab menyampaikan Islam
kepada masyarakat.
Langkah
pertama dari tanggungjawab ini dan merupakan langkah yang bersifat tabii dalam
usaha ini, saya mestilah jadikan rumah-tangga saya sebuah rumah-tangga muslim.
Saya mestilah menyampaikan risalah Islam kepada "masyarakat kecil saya" yang
terdiri dari ahli-ahli keluarga saya, isteri-isteri saya, anak-anak saya,
seterusnya kepada kaum kerabat saya yang dekat dan inilah cara yang dilakukan
oleh Rasulullah di permulaan dakwahnya. Firman Allah:
فَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا ءَاخَرَ فَتَكُونَ مِنَ الْمُعَذَّبِينَ(213)وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ(214)وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya:Maka janganlah engkau (wahai Muhammad)
menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari
golongan yang dikenakan azab seksa. 214- Dan berilah peringatan serta amaran
kepada kaum kerabatmu yang dekat. 215- Dan hendaklah engkau merendah diri kepada
pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman. (Surah Al-Syu'ara' 26: Ayat
213-215).
Dari
penjelasan di atas nyatalah bahawa tanggungjawab seorang muslim selepas
tanggungjawab ke atas dirinya sendiri ialah tanggungjawab terhadap ahli
keluarganya, rumah-tangganya dan anak-pinaknya. Berdasarkan dalil firman
Allah:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا
النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ
اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari
Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu
dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka
tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka,
dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (Surah Al-Tahrim 66:
Ayat 6)
4.1-
Tanggungjawab Sebelum Berumah-tangga.
Untuk
membantu saya menjayakan usaha membina sebuah rumah-tangga yang baik, Islam telah menunjukkan
beberapa anasir dan sebab-sebab yang memudahkan tanggungjawab dan pencapaian
matlamat pembinaan rumah-tangga saya. Di antaranya ialah:
- Saya mestlah memastikan perkahwinan saya adalah kerana Allah atau dengan kata lain membina rumah-tangga muslim, untuk melahirkan keturunan yang salih, menjadi keluarga yang mampu menunaikan amanah serta memastikan pelaksanaan hidayah Allah itu secara berterusan sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
ذُرِّيَّةً بَعْضُهَا مِنْ بَعْضٍ
"Satu
keturunan yang sebahagiannya (turunan) dari yang lain" (Surah Ali-Imran 3: Ayat
34)
- Saya mestilah menjadikan tujuan perkahwinan saya adalah untuk menjaga pandangan saya, memelihara kemaluan saya serta bertakwa kepada Allah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
ثلاثة حق على الله عونهم المجاهد في سبيل الله والمكاتب الذي يريد الأداء والناكح الذي يريد العفاف
"Ada
tiga golongan yang Allah berhak menolong mereka. Pertama: Orang yang berjihad
pada jalan Allah. Kedua: hamba mukatab (yang berjanji untuk menebus diri) yang
menunaikan bayaran dan ketiga orang yang berkahwin kerana ingin memelihara
dirinya". (Hadis riwayat Al-Tirmizi).
Dan
sabdanya lagi yang bermaksud:
من تزوج فقد استكمل نصف دينه فليتق الله في النصف الباقي
"Sesiapa
yang berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya maka
bertakwalah ia pada separuh yang lain".(Hadis riwayat oleh Al-Tabrani
Fil-Ausath)
- Saya mestilah memilih bakal isteri yang baik kerana dengannyalah saya berkongsi hidup dan menjadi teman dalam perjuangan, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
تخيروا لنطفكم فإن العرق نزاع وفي رواية دساس وفي رواية فأنكحوا الأكفاء أنكحوا إليهم
"Pilihlah
untuk keturunanmu (wanita yang baik) kerana sesungguhnya keturunan itu menjadi
pertikaian. Dalam satu riwayat yang lain dikatakan: Keturunan itu menjadi
desas-desus". Dalam satu lagi riwayat yang lain disebut: "Hendaklah engkau
berkahwin dengan orang sekupu dan kahwinkanlah (anak-anakmu) dengan yang
sekupu.
- Saya mestilah memilih wanita yang baik akhlak dan pegangan agamanya sekalipun ia mungkin tidak punya harta kekayaan dan kecantikan kerana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
لا تزوجوا النساء لحسنهن فعسى حسنهن أن يرديهن ولا تزوجوهن لأموالهن فعسى أموالهن أن تطغيهن ولكن تزوجوهن على الدين
ولأمة خرماء خرقاء ذات الدين أفضل
"Janganlah
kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya kerana bole jadi kecantikan itu akan
membinasakannya, janganlah kamu mengahwini mereka kerana kekayaannya, kerana
mungkin kekayaan itu merosakkannya tetapi kahwinilah mereka atas dasar pegangan
agamanya. Hamba perempuan yang rabik dan hodoh tetapi baik agamanya adalah lebih
utama". (Hadis riwayat Ibnu Majah)
- Saya mestilah berhati-hati supaya tidak menyalahi perintah Allah dalam urusan ini, kerana takut kemurkaan dan seksaan Allah. Kerana mengingati amaran Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
من تزوج امرأة لعزها لم يزده الله إلا ذلا ومن تزوجها لما لها لم يزده الله إلا فقرا ومن تزوجها
لحسبها لم يزده الله إلا دناءة ومن تزوج امرأة لم يرد بها إلا أن يغض بصره ويحصن فرجه
أو يصل رحمه بارك الله له فيها وبارك لها فيه
"Sesiapa
yang mengahwini wanita kerana memandang kepada kemuliaan (kedudukannya) sahaja,
Allah tidak akan menambah apa-apa kepadanya melainkan dengan kehinaan, sesiapa
yang berkahwin kerana hartanya, Allah tidak akan menambahnya kecuali kefakiran,
sesiapa yang berkahwin kerana keturunannya Allah tidak akan menambahnya kecuali
kerendahan tetapi sesiapa yang mengahwini wanita kerana menjaga pandangannya dan
memelihara kemaluannya (dari perkara haram) atau kerana menghubungkan
silaturahim, Allah akan memberkatinya dan isterinya".
4.2- Tanggungjawab Selepas
Berumah-tangga.
Sebenarnya
pemilihan bagi mendapatkan isteri yang baik oleh saya tidaklah bererti
terlepasnya tanggungjawab terhadapnya selepas perkahwinan. Malah tanggungjawab
yang lebih besar segera bermula sebaik sahaja saya berumah-tangga. Di antara
tanggungjawab tersebut diperturunkan seperti berikut:
- Saya mestilah berlaku baik terhadapnya dan memuliakan dalam hubungan muamalah untuk membina jambatan saling mempercayai di antara saya dengannya sebagaimana Rasulullah bersabda:
خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهلي
"Orang
yang paling baik di antara kamu adalah orang yang paling baik perlakuan terhadap
isterinya dan akulah orang yang paling baik perlakuan terhadap
isteri".
Dan
sabda Rasulullah s.a.w:
أكمل المؤمنين إيمانا أحسنهم أخلاقا وألطفهم بأهله
"Orang-orang
mukmin yang sempurna imannya ialah mereka yang baik akhlaknya dan
berlemah-lembut terhadap isteri mereka".
- Hubungan saya dengan isteri tidak seharusnya terbatas kepada hubungan di tempat tidur dan melepaskan keinginan syahwat sahaja. Malah hubungan antara kami itu mestilah hubungan yang dapat menjalinkan persefahaman dalam pemikiran, kejiwaan dan kasih sayang. Kami sama-sama membaca, menunaikan sebahagian dari 'ibadat bersama-sama turut mengatur urusan rumah-tangga dan meluangkan waktu tertentuuntuk bergurau-senda dan bermanja.
Dalam
urusan 'ibadah Allah s.w.t berfirman:
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا
Maksudnya:"Dan
perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan sembahyang dan bersabarlah kamu
dalam mengerjakannya..." (Surah Taha 20: Ayat 132)
Dan
firman Allah:
وَكَانَ يَأْمُرُ أَهْلَهُ بِالصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ وَكَانَ عِنْدَ رَبِّهِ مَرْضِيًّا
Maksudnya:"Dan
ia (Nabi Ismail a.s) memerintahkan ahlinya mendirikan sembahyang dan menunaikan
zakat dan ia adalah seorang yang diredai di sisi Tuhannya". (Surah Maryam 19:
Ayat 55)
Dalam
hal bermesra dengan isteri, Rasulullah s.a.w pernah berlumba-kejar dengan Aisyah
r.a. Manakala dalam hal membantu urusan rumah-tangga, baginda melakukan banyak
kerja, di antaranya baginda menjahit serta memperbaiki kasut.
- Selain dari perkara-perkara di atas, seluruh hubungan saya dengan isteri saya mestilah tidak terkeluar dari batas-batas syariat, tidak menjatuhkan nama baik Islam dan tidak tercebur ke dalam hal-hal yang haram kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w memberi amaran:
ما من أحد يطيع امرأة في ما تهوي إلا كبه الله في النار
"Tidak
ada seorang yang tunduk menurut kehendak wanita melainkan Allah mencampakkannya
ke dalam neraka".
Rasulullah
juga bersabda:
لا يلقي الله أحد بذنب أعظم من جهالة أهله
"Seorang
itu tidak menemui Allah dengan membawa dosa yang sangat besar dari kejahilan
isterinya".
Sabda
baginda lagi:
تعس عبد الزوجة
"Celakalah
orang yang menjadi hamba isterinya".
4.3- Tanggungjawab Bersama Dalam Mendidik
Anak-anak.
Sebenarnya
kejayaan dalam perkahwinan dengan memilih isteri yang salihah dan membentuk
pasangan suami-isteri yang serasi dengan acuan Islam merupakan saham yang sangat
besar dalam membantu melaksanakan pendidikan Islam kepada anak-anak. Sebaliknya
kegagalan perkahwinan dan tersalah pilih bakal isteri adalah punca kepada
keburukan dan keruntuhan ke atas rumah-tangga seluruhnya.
Apapun
pertentangan yang berlaku dalam kehidupan suami isteri akan memberi kesan secara
langsung ke dalam pendidikan anak-anak dan jiwa mereka. Ekoran dari ini
sebahagian dari sifat-sifat kekusutan jiwa dan penyimpangan akan diwarisi pula
oleh anak-anak. Oleh yang demikian anasir yang pertama yang dapat menjamin
terlaksananya pendidikan secara Islam ke atas kanak-kanak ialah melaksanakan
perkahwinan menurut yang dianjurkan oleh Islam.
Pada
hakikatnya hasil yang diharapkan dari sebuah rumah-tangga Islam ialah melahirkan
keturunan yang salih seperti firman Allah:
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ
أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya:Dan
juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan
berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat
keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah
kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Surah Al-Furqan 25:
Ayat 74)
Anak-anak
itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrah). Ia akan menjadi seorang yang salih
bila mendapat pendidikan yang baik. Sebaliknya jika ia hidup membesar dalam
suasana keluarga yang terpesong dan menyeleweng ia juga akan turut terpesong dan
menyeleweng sebagaimana sabda Nabi s.a.w:
يولد الولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه
"Setiap
anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrahnya) maka kedua ibu bapanyalah
yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Muttafaqun
'Alaih)
Oleh
sebab itu Islam memandang berat dalam urusan mendidik anak-anak serta menggesa
supaya mencari sebab-sebab, norma-norma serta udara yang baik untuk menjamin
terlaksana tarbiah yang baik. Rasulullah bersabda:
لأن يؤذب الرجل ولده خير له من أن يتصدق به بصاع
"Seorang
yang mendidik anaknya (dengan baik) adalah lebih baik dari bersedekah dengan
secupak". (Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi).
Rasulullah
juga bersabda:
ما نحل والد ولد من نحل أفضل من أدب حسن
"Tidak
ada satu pemberian bapa terhadap anak-anak yang lebih dari adab yang
mulia".
Sabda
baginda lagi:
أكرموا أولادكم وأحسنوا أدبهم
"Berlaku
pemurahlah kepada anak-anakmu dan bentuklah mereka dengan akhlak yang
mulia".
Sabda
Rasulullah s.a.w:
إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له
"Apabila
mati seorang anak Adam, terputuslah segala amalan (dari dia) kecuali tiga
(kebaikan): Sedekah jariah (yang ikhlas), ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang
salih yang mendoakan (kebaikan) untuknya".
Tidak ada komentar:
Posting Komentar