Saya Wajib Meyakini Bahawa Masa Depan Adalah Untuk Islam
Keimanan
saya dengan Islam sepatutnya sampai ke peringkat meyakini bahawa masa depan
kelak ialah milik Islam. Justeru itu Islamlah yang paling ampuh dan mampu untuk
menyusun urusan hidup dan memimpin manusia. Agama Islam adalah satu-satunya
manhaj atau cara hidup yang selaras dengan kehendak fitrah manusia. Ia dapat
mengimbangkan tuntutan lahiriah dan rohaniah insan.
Allah
berfirman:
أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ
Tidakkah
Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang
Dia Maha Halus urusan Pentadbiran-Nya, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya!
(Surah Al-Mulk, Ayat: 14).
A.
Manhaj Islam Bersifat Rabbani.
Manhaj
Islam yang bersifat Rabbani merupakan satu corak penghayatan yang kudus
mengatasi sistem dan cara hidup ciptaan manusia. Ia mampu untuk kekal dan
memberikan saham tamaddunnya di setiap zaman, tempat dan
peringkat.
B.
Manhaj Islam Bersifat Universal (Sejagat).
Manhaj
Islam yang bersifat sejagat atau universal menyerlahkan ciri-ciri keinsanan dan
ciri "infitah" (bersifat terbuka atau kelapangan) serta daya untuk menanggung
kemungkinan-kemungkinannya. Ciri "infitah" ini mengatasi pertimbangan
kedaerahan, perkauman, kebangsaan dan sebagainya. Cara ini sebenarnya adalah
cetusan dari "Sibghah Rabbaniyah" itu sendiri.
C.
Manhaj Islam Bersifat Anjal (Murunah).
Keanjalan
manhaj hidup Islam (atau fleksibel) memberikannya daya untuk menghadapi aneka
permasalahan hidup yang datang silih berganti "Sibghah" atau cara ini memberikan
Islam kebolehan untuk berijtihad menyimpulkan hukum-hakam terhadap hal-hal yang
tidak ada nas, sama ada melalui qias atau maslahah mursalah, Istihsan dan
sebagainya.
D.
Manhaj Islam Bersifat Syumul atau Menyeluruh.
Ciri
manhaj Islam yang menyeluruh membedakannya dengan sebarang manhaj atau sistem
hidup duniawi yang mempunyai dimensi matlamat yang terbatas. Manhaj Islam adalah
manhaj ciptaan Yang Maha Mengetahui segala masalah manusia, baik atau buruknya.
Ia Maha Mengetahui apa yang membahagiakan dan apa pula yang mencelakakan
manusia. Sebab itu Islam sahajalah yang mampu memenuhkan keperluan manusia, baik
sebagai individu, mahupun sebagai kelompok, baik dalam urusan pimpinan mahupun
perundangan. Sama ada dalam urusan dalam negeri mahupun luar
negeri.
Allah s.w.t
berfirman:
صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ
(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman:
Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah yang
mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam) dan siapakah yang lebih
baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah
kami beribadat.
(Surah Al-Baqarah, Ayat: 138).
(Surah Al-Baqarah, Ayat: 138).
E.
Kegagalan Sistem-sistem Ciptaan Manusia.
Kemudian
saya harus mengetahui dan menginsafi tentang selok-belok serta kegagalan yang
dialami oleh sistem hidup dan ciptaan manusia, baik di timur mahupun di barat.
Sama ada yang berfahaman kapitalisme, demokrasi, liberal, sosialisme atau
komunisme. Tidak syak lagi ini adalah kerana keterbatasannya, kelemahannya,
sifat kesementaraannya dan hakikat ianya dari ciptaan
insan.
E.1
Kegagalan Sistem Sosial.
Dalam
arena sosial, sistem-sistem yang dipanggil sebagai sistem kanan atau kirinya
ternyata gagal untuk memantapkan kebahagiaan, keharmonian dan kestabilan. Malah
terlalu banyak mala petaka yang ditanggung oleh manusia hasil dari sistem-sistem
ini. Ternyata ikatan kekeluargaan semakin terburai. Kasih-sayang semakin pudar,
akhlak semakin luntur dan runtuh. Nilai-nilai keutamaan dan keluhuran sudah
kehilangan harga. Ketegangan dan permusuhan mengambil tempat kedamaian dan
ketenangan. Semangat egoistik dan mementingkan diri mengalahkan semangat
kerjasama dan mengutamakan orang lain.
E2.
Kegagalan Sistem Ekonomi.
Dalam
bidang Ekonomi, kapitalisme dan sosialisme ternyata gagal dalam mewujudkan
(syura impiannya) atau masyarakat serba adil sebagaimana yang dilaung-laungkan.
Dari sistem ini tercetuslah bermacam-macam krisis dan permasalahan hidup. Lahir
pertarungan kasta, kezaliman sosial, eksploitasi kepartian, monopoli,
kemiskinan, pengangguran dan seribu satu macam masalah
lagi.
E.3
Kegagalan Sistem Politik.
Dalam
arena politik sistem-sistem ala ketenteraan, Demokrasi, Republik, yang beraja
atau tidak beraja, bertanggungjawab melahirkan, merangsang serta membiarkan
penyelewengan serta kebejatan di setiap peringkat. Penyalahgunaan kuasa, sikap
pilih kasih, rasuah, merasa besar diri dengan kekuasaan, di samping bencana
fitnah, pembunuhan, penggulingan kuasa silih berganti, pemberontakan,
penyingkiran serta bunuh diri (assasination) hampir-hampir menjadi kelaziman
sistem-sistem tersebut.
E.4
Kegagalan Sistem Ketenteraan.
Dalam
bidang ketenteraan, sistem-sistem ini (banyak menanggung dosa) mengabaikan nasib
masyarakat dan negara Islam yang lemah seperti persoalan Kashmir, Eriteria,
minoriti Islam di Filipina, persoalan Palestine dan sebagainya. Yang lebih parah
dari itu ada pula negeri Arab yang menjadikan krisis tersebut sebagai daun dalam
permainan politiknya untuk menggadaikan atau mempergunakannya sebagai isu dan
untuk menjamin kekuasaan mereka agar berlarutan. Sistem ini juga
bertanggungjawab terhadap pengabaian membina kekuatan fizikal dan jiwa ummah
yang membolehkan mereka menghadapi penjajahan dan mengusir Israel dari bumi
Palestine
Tidak ada komentar:
Posting Komentar