Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadah
Ibadah
di dalam Islam merupakan kemuncak bagi sifat kepatuhan dan kerendahan kepada
Allah dan ia juga adalah kemuncak betapa ia merasai keagungan Tuhan yang
disembah. Ia menjadi anak tangga pertatehan di antara si hamba dengan Tuhannya.
Ibadah ini juga memberi kesan yang mendalam di dalam perhubungan manusia dengan
makhluk lainnya. Begitu juga dengan ibadah-ibadah dalam rukun Islam seperti
sembahyang, puasa, zakat dan haji serta amalan-amalan lainnya yang dilaksanakan
untuk mendapat keredaan Ilahi dan dalam mengamalkan Syariat-Nya adalah termasuk
dalam pengertian 'ibadah. Bertitik tolak dari pengertian inilah Islam menetapkan
supaya seluruh hidup manusia dipelihara agar menjadi 'ibadah dan taat kepada
Allah s.w.t seperti yang dinyatakan oleh Allah:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ مَا أُرِيدُ مِنْهُمْ مِنْ رِزْقٍ
وَمَا أُرِيدُ أَنْ يُطْعِمُونِ إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو
الْقُوَّةِ الْمَتِينُ
Dan
(ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang
rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi
makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada
sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak
terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. (Surah Al-Zariyat 51: Ayat
56-58)
Firman
Allah seterusnya:
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ
وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ
Katakanlah:
Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah
Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Surah Al-An'am 6: Ayat
162)
1. Saya
mestilah memastikan 'ibadah saya mempunyai hubungan dengan Tuhan yang disembah.
Inilah apa yang dikatakan martabat "keihsanan dalam 'ibadah". Rasulullah s.a.w
sendiri pernah ditanya (oleh malaikat Jibril) tentang martabat "ihsan" ini, lalu
baginda menjawab:
أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ
"Bahawa
engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya, jika engkau tidak
melihatnya (sekalipun) sebenarnya Ia melihat engkau (Hadis Muttafaqun
'Alaih).
2. Saya
mestilah melakukan 'ibadah dengan penuh khusyuk sehingga saya dapat merasai
kelazatan serta kemanisannya malah mendatangkan kekuatan kepada saya untuk
berterusan mengerjakannya.
Aisyah r.a mengatakan:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحدثنا وتحدثه فإذا حضرت الصلاة كأنه لم يعرفنا ولم نعرفه
"Adalah
Rasulullah s.a.w berbicara dengan kami dan kami juga berbicara dengannya tetapi
bila tiba sahaja waktu sembahyang ia seolah-olah tidak mengenali kami dan kami
pula tidak mengenalinya." (Hadis diriwayatkan oleh Al-Azdi)
Kekhusyukan
inilah yang diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w:
كم من قائم حظه من صلاته التعب والنصب
"Berapa
ramai orang yang mengerjakan sembahyang, habuan yang ia terima hanyalah penat
dan lelah. (Hadis Riwayat Al-Nasa'i)
كم من صائم حظه من صومه الجوع والعطش
"Berapa
ramai orang yang berpuasa, ia tidak memperolehi apa-apa ganjaran kecuali lapar
dan dahaga.
3. Saya
mestilah beribadah dalam keadaan hati saya merasai kehadiran Allah, membuang dan
melupakan kesibukan dunia dan hiruk-pikuknya. Beribadat dalam keadaan seperti
inilah yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w dalam
sabdanya:
لا ينظر الله إلى الصلاة لا يحضر الرجل فيها قلبه مع بدنه
"Allah
s.w.t tidak memandang kepada sembahyang seorang lelaki yang mengerjakan tanpa
kehadiran hati berserta gerak badannya."
Berkata
'ulama':
"Sembahyang
itu adalah urusan akhirat, maka kamu masuk menunaikannya (bererti) kamu telah
keluar dari dunia."
Al-Hassan
Al-Basri meriwayatkan:
"Setiap
sembahyang yang tidak disertai kehadiran hati, maka ia adalah lebih hampir
kepada seksaan."
4. Saya
mesti beribadat dalam keadaan sentiasa ingin menambahnya, tidak merasa cukup dan
tidak kenyang. Saya perlu menghampirkan diri kepada Allah dengan amalan-amalan
sunat sebagai menyahut seruan Allah, di dalam sebuah hadis
qudsi:
مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي
بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ وَمَا يَزَالُ عَبْدِي
يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ
سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ وَيَدَهُ
الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا وَإِنْ سَأَلَنِي
لَأُعْطِيَنَّهُ وَلَئِنْ اسْتَعَاذَنِي لَأُعِيذَنَّهُ وَمَا تَرَدَّدْتُ عَنْ شَيْءٍ أَنَا
فَاعِلُهُ تَرَدُّدِي عَنْ نَفْسِ الْمُؤْمِنِ يَكْرَهُ الْمَوْتَ وَأَنَا
أَكْرَهُ مَسَاءَتَهُ
"Sesiapa
yang memusuhi kekasihku (waliKu), maka Aku mengisytiharkan perang terhadapnya.
Tidak ada satu perbuatan mendekatkan diri (taqarrab) kepada Aku oleh hambaKu
yang lebih Aku cintai selain daripada kewajipan-kewajipan yang Aku fardukan ke
atasnya. Hamba Ku akan terus beramal menghampiri diri kepadaKu dengan melakukan
amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya
maka Aku (menjadikan) pendengarannya yang dengannya dia mendengar,
penglihatannya yang dengannya dia melihat, tangannya yang dengannya dia memukul
dan kakinya yang dengannya dia berjalan. Jika dia memohon sesuatu dari Aku
nescaya Aku berikannya. Dan jika dia memohon perlindungan Aku (dari sesuatu)
nescaya Aku akan melindunginya. Aku tidak pernah ragu dari sesuatu yang Aku
lakukan seperti Aku ragu (hendak mengambil) nyawa hambaKu yang Mukmin, di mana
dia membenci maut sedang Aku tidak menyakitinya." (Hadis oleh
Al-Bukhari)
5. Saya
mestilah mengambil berat terhadap ibadat qiamullail (sembahyang malam) serta
melatih diri melakukannya sehingga ia menjadi satu kebiasaan. Ini adalah kerana
qiamullail itu adalah sumber kekuatan yang memantapkan iman. Sungguh benar
firman Allah:
إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلًا
Sebenarnya
sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap
betul bacaannya. (Surah Al-Muzammil 73: Ayat 6)
Allah s.w.t juga menerangkan sifat hamba-hambanya
yang mukmin:
كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ(17)وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
Mereka
sentiasa mengambil sedikit sahaja: Masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.
18- Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar
kepada Allah (memohon ampun). (Surah Al-Zariat 51: Ayat 17-18)
Firman Allah seterusnya:
تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا
وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
Mereka
merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan
sembahyang tahajud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan
mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin
memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian
dari apa yang Kami beri kepada mereka. (Surah Al-Sajdah 32: Ayat
16)
Di
antara amalan-amalan sunat yang
dikerjakan antara lain qiamullail, sembahyang dhuha, sembahyang tarawih, puasa
pada hari Isnin dan Khamis, puasa pada Hari Arafah, puasa pada Hari Asyura,
puasa enam hari dalam bulan Syawal, tiga hari di setiap pertengahan bulan (13,14
dan 15) dan beriktikaf di masjid.
6. Saya
mestilah meluangkan waktu tertentu untuk membaca Al-Quran dengan cara merenungi
maksud dan pengajarannya terutama di waktu dhuha kerana Allah
berfirman:
أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَى غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْءَانَ الْفَجْرِ
إِنَّ قُرْءَانَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا
Dirikanlah
olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan
(dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah
disaksikan (keistimewaannya). (Surah Al-Isra' 17: Ayat 78).
Saya mesti membacanya
dengan penuh tadabbur, berfikir, merenunginya dengan khusyuk dan sedih kerana sabda Rasulullah
s.a.w:
إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ نَزَلَ بِحُزْنٍ فَإِذَا قَرَأْتُمُوهُ فتحازنوا
"Sesunguhnya
Al-Quran diturunkan dalam keadaan dukacita, maka apabila kamu membacanya
hendaklah kamu merasakan kedukacitaan tersebut" (Diriwayatkan oleh Abu Ya'la dan
Abu Nu'aim).
Demikian juga saya mestilah sentiasa ingat
peringatan Allah dalam firmanNya:
لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْءَانَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا
مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ
Sekiranya
Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung
itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah). (Surah
Al-Hasy-r 59: Ayat 21).
Rasulullah s.a.w bersabda:
مَا آمَنَ بِالْقُرْآنِ مَنْ اسْتَحَلَّ مَحَارِمَهُ
"Tidaklah
beriman dengan Al-Quran oleh orang yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh
Al-Quran" (Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)
Sabdanya lagi:
أفضل عبادة أمتى تلاوة القرآن
"Ibadah
yang paling utama bagi umatku ialah membaca Al-Quran". (Diriwayatkan oleh Abu
Nu'aim di dalam Fadha'ilul-Quran)
Di dalam sebuah hadis dari 'Abdullah bin Mas'ud
Rasulullah bersabda:
إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ مَأْدُبَةُ اللَّهِ فَتَعَلَّمُوا مِنْ مَأْدُبَتِهِ مَا
اسْتَطَعْتُمْ إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ حَبْلُ اللَّهِ وَالنُّورُ الْمُبِينُ
وَالشِّفَاءُ النَّافِعُ عِصْمَةٌ لِمَنْ تَمَسَّكَ بِهِ وَنَجَاةٌ لِمَنْ اتَّبَعَهُ
لَا يَزِيغُ فَيَسْتَعْتِبُ وَلَا يَعْوَجُّ فَيُقَوَّمُ وَلَا تَنْقَضِي
عَجَائِبُهُ وَلَا يَخْلَقُ عَنْ كَثْرَةِ الرَّدِّ فَاتْلُوهُ فَإِنَّ اللَّهَ
يَأْجُرُكُمْ عَلَى تِلَاوَتِهِ بِكُلِّ حَرْفٍ عَشْرَ حَسَنَاتٍ أَمَا إِنِّي لَا
أَقُولُ الم وَلَكِنْ بِأَلِفٍ وَلَامٍ وَمِيمٍ
"Sesungguhnya
Al-Quran ini adalah hidangan Allah, oleh itu hendaklah kamu menyebutnya sekadar
yang terdaya oleh kamu menyebutnya. Sesungguhnya Al-Quran ini adalah tali Allah,
cahaya yang terang benderang dan penawar yang berguna. Penjaga kepada siapa yang
berpegang kepadanya, jaminan kejayaan bagi yang mengikutinya. Ia tidak salah
yang menyebabkan ia tercela, ia tidak bengkok yang menyebabkan ia perlu
diperbetulkan, keajaibannya tidak kunjung habis dan ia tidak menjadi cacat
sekalipun banyak (kandungannya) ditolak orang. Bacalah Al-Quran kerana Allah
akan memberi ganjaran ke atas setiap huruf dari bacaanmu dengan sepuluh
kebaikan. Aku tidak mengatakan kepadamu Alif, Lam, Mim itu satu huruf tetapi
Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."(Riwayat
Al-Hakim)
Dalam satu wasiat kepada Abu Zar Rasulullah
berkata:
عليك بتلاوة القرآن فإنه نور لك فى الأرض وذخر لك في السماء
"Kamu
wajib melazimkan dirimu membaca Al-Quran kerana ia adalah cahaya untuk kamu di
bumi dan perbendaharaan untuk di langit." (Riwayat Ibnu Hibban)
7. Saya
mestilah menjadikan doa sebagai perantaraan dengan Allah di dalam setiap urusan
hidup kerana doa adalah otak bagi segala 'ibadah. Untuk itu saya mestilah
memilih doa-doa yang ma'thur dari Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya benar firman
Allah bila Ia mengatakan:
وقال ربكم أدعوني أستجب لكم
"Mintalah
doa kepadaku, nescaya aku akan memperkenankan permintaanmu".
1. Doa ketika
hendak tidur.
بسمك رَبِّي وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَاغْفِرْ لَهَا وَإِنْ
أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ
"Dengan
nama-Mu wahai Tuhanku, aku baringkan pinggangku dan kerana Engkau aku
mengangkatnya; jika Engkau tahan jiwaku (Kau ambil jiwaku) ampunilah diriku,
jika Engkau lepaskan ruhnya, maka peliharalah diriku sebagaimana Kau pelihara
hamba-hambaMu yang salih.
(Hadis riwayat Jama'ah).
(Hadis riwayat Jama'ah).
2. Doa ketika bangun dari tidur.
قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
"Segala
puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah kami mati. Dan kepadaNya kami
kembali."
(Hadis riwayat Bukhari)
(Hadis riwayat Bukhari)
3. Doa ketika memakai pakaian dan menanggalnya.
اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ كَسَوْتَنِيهِ أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهِ وَخَيْرِ مَا هو لَهُ وَأَعُوذُ
بِكَ مِنْ شَرِّهِ وَشَرِّ مَا هو لَهُ
"Ya
Allah aku memohon kepadaMu kebaikan pakaian ini dan kebaikan yang ada padanya.
Aku berlindung padaMu dari kejelikan pakaian ini dan kejelikan apa yang ada
padanya".
(Hadis Riwayat Ibnus Sunni)
(Hadis Riwayat Ibnus Sunni)
4. Doa ketika keluar dari rumah dan
memasukinya.
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
"Dengan
nama Allah aku bertawakal kepadaNya; tidak ada daya, tidak ada kekuatan kecuali
kerana Allah".
( Sunan Tirmizi)
( Sunan Tirmizi)
5. Doa ketika berjalan ke Masjid.
ِ اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا وَفِي بَصَرِي نُورًا وَفِي سَمْعِي نُورًا وَعَنْ يَمِينِي
نُورًا وَعَنْ يَسَارِي نُورًا وَفَوْقِي نُورًا وَتَحْتِي نُورًا وَأَمَامِي نُورًا
وَخَلْفِي نُورًا وَاجْعَلْ لِي نُورًا
"Ya
Allah, jadikanlah dalam hatiku cahaya, dalam pandanganku cahaya, pada
pendengaranku cahaya, sebelah tangan kananku cahaya dan pada sebelah tangan
kiriku cahaya, di atasku cahaya, di bawahku cahaya, di mukaku cahaya dan di
belakangku cahaya dan jadikanlah bagiku cahaya."
(Hadis riwayat Bukhari)
(Hadis riwayat Bukhari)
6. Doa ketika memasuki masjid.
اللهم افتح لى أبواب رحمتك
"Ya
Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatmu".
7. Doa ketika keluar dari masjid.
اللهم إني أسألك من فضلك
"Ya
Allah, aku memohon kepadamu kurniaanMu".
(Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Nasa'i)
(Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Nasa'i)
8. Doa ketika hendak makan.
اللهم بارك لنا فيما رزقتنا وقنا عذاب النار با سم الله
"Ya
Allah, berkatilah kami pada apa-apa yang Kamu rezekikan kepada kami dan
jauhkanlah kami dari seksa neraka, dengan nama Allah".
(Hadis riwayat Ibnu Sunni)
(Hadis riwayat Ibnu Sunni)
9. Doa setelah selesai makan.
الحمد لله الذي أطعمنا وسقانا وجعلنا مسلمين
"Segala
puji bagi Allah yang telah memberikan makanan kepada kami, memberi minuman
kepada kami dan menjadikan kami dari golongan Muslim".
(Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)
(Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)
10. Doa ketika memasuki tandas.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ
"Ya
Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari khubuth dan
khaba'ith".
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
11. Doa ketika keluar tandas.
الحمد لله الذي أذاقني لذته وصرف عني أذاه
"Segala
puji bagi Allah yang telah memberikan aku mengecap kelazatannya dan menjauhkan
aku dari kesakitannya".
(Hadis riwayat Ibn Sunni dan Al-Tabarani)
(Hadis riwayat Ibn Sunni dan Al-Tabarani)
12. Doa sebelum bersetubuh.
اللهم جنبنا من الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا
"Dengan
namaMu, ya Allah jauhkanlah dari kami syaitan dan jauhkan syaitan daripada apa
yang Kau kurniakan kepada kami".
(Hadis riwayat Bukhari).
(Hadis riwayat Bukhari).
Jika
ditakdirkan bagi mereka memperolehi anak, syaitan tidak akan memudaratkannya
selama-lamanya.
13. Doa ketika tidak dapat tidur.
اللهم غارت النجوم وهدأت العيون وأنت حي قيوم لا تأخذك سنة ولا نوم يا حي يا قيوم إهد ليلى وأنم
عينى
"Ya
Allah, sudah terbenam bintang-bintang sudah terkatup banyak mata sedangkan
Engkau hidup dan jaga, tidak tidur. Wahai Yang Tegak, Yang Hidup dan Yang Jaga,
tenteramkanlah mataku".
14. Wirid selepas sembahyang.
مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلَاثًا
وَثَلَاثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَتْلِكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ
وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ
لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ
خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ
Sesiapa
yang bertasbih kepada Allah (membaca Subhanallah) sesudah setiap sembahyang 33
kali, membaca tahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan membesarkan Allah (Allahuakbar)
33 kali.
Dan
digenapkan menjadi seratus dengan membaca:
إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ
شَيْءٍ قَدِيرٌ
"Tidak
ada Tuhan kecuali Allah Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagiNya,
kepunyaanNya segala kekuatan dan kepunyaanNya segala pujian dan Dia berkuasa
atas segala sesuatu".
(Hadis riwayat Muslim)
(Hadis riwayat Muslim)
15. Doa ketika selesai majlis.
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ
إِلَيْكَ
"Maha
suci Engkau ya Allah dengan segala pujiMu aku bersaksi tidak ada Tuhan kecuali
Engkau, aku bermohon ampun kepadamu dan kau bertaubat kepadaMU".
16. Doa ketika menaiki kenderaan.
الحمد لله الذى سخرلنا هذا وما كنا له مقرنين وإنا إلى ربنا لمنقلبون
"Segala
puji bagi Allah yang menggerakkan bagi kami kenderaan ini, padahal kami tidak
sanggup melakukannya, dan sesungguhnya kami semuanya kembali kepada Tuhan
kami".
17. Doa ketika bermusafir.
اللهم بك أصول وبك أجول وبك أسير اللهم إني أسألك في سفري هذا البر والتقوى ومن العمل ما ترضى اللهم هون
علينا سفرنا هذا واطوعنا بعده اللهم أنت الصاحب في السفر والخليفة في الأهل اللهم
إني أعوذبك من وعثاء السفر وكآبة المنظر وسوء المنقلب في المال والأهل
والولد
"Ya
Allah kerana Engkau aku berusaha dan kerana Engkau aku berjalan dan kerana
Engkau pula aku berpergian. Ya Allah, aku bermohon kepadaMu dalam perjalanan ini
kebajikan dan ketakwaan dan berupa amal yang Engkau redai. Ya Allah,
ringankanlah bagi kami perjalanan kami ini dan dekatkanlah bagi kami yang
jauhnya. Ya Allah, Engkaulah sahabat dalam perjalanan dan Wakil di tengah-tengah
keluarga. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kepayahan
perjalanan, dari kesedihan penglihatan, dari kejelekan saat kembali pada harta,
keluarga dan anak-anak".
18. Doa ketika hujan turun.
اللهم صيبا نافعا (مرتين أو ثلاث)
"Ya
Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat (dua kali atau tiga kali)".
(Hadis riwayat Ibnu Syaibah dari hadis Aisyah).
(Hadis riwayat Ibnu Syaibah dari hadis Aisyah).
19. Doa ketika mendengar guruh.
اللهم لا تقتلنا بغضبك ولا تهلكنا بعذابك وعافنا قبل ذلك
"Ya
Allah, jangan Engkau bunuh kami dengan murkaMu dan jangan Engkau binasakan kami
dengan siksaMu dan selamatkan kami sebelum itu".
(Hadis riwayat Tirmizi, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, dari hadis 'Abdullah bin 'Umar)
(Hadis riwayat Tirmizi, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, dari hadis 'Abdullah bin 'Umar)
20. Doa ketika melihat anak bulan.
الله أكبر اللهم أهله علينا باليمن ولإيمان والسلامة والإسلام والتوفيق لما تحب وترضى ربي وربك
الله
"Allah
Maha Besar, ya Allah, muncullah bulan ini bagi kami dengan penuh berkat dan
iman, keselamatan dan keIslaman, taufik pada apa-apa yang Engkau cintai dan
Engkau redai, ya Tuhanku dan Tuhanmu, Allah".
21. Doa kepada pengantin.
بارك الله وبارك عليك وجمع بينكما في خير
"Semoga
Allah memberkati engkau dan memberkati atas kau dan mengumpulkan kalian berdua
dalam kebaikan".
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan empat ahli hadis dari Anas dan Abu Hurairah).
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan empat ahli hadis dari Anas dan Abu Hurairah).
22. Doa ketika melihat kanak-kanak.
أعيذك بكلمات الله التامة من كل الشيطان وهامة ومن كل عين لآمة
"Aku
bermohon perlindungan untukmu dengan kalimat Allah yang sempurna dari setiap
syaitan dan racun, dan dari setiap mata yang membawa kejelikan".
(Hadis riwayat Bukhari dari hadis Ibnu 'Abbas)
(Hadis riwayat Bukhari dari hadis Ibnu 'Abbas)
23. Doa ketika menziarahi orang sakit.
اللهم أذهب البأس رب الناس اشف وأنت الشافي لا شفاء إلا شفاؤك شفاء لا يغادر سقما
"Ya
Allah, hilangkanlah penyakit ini, wahai yang memelihara manusia. Sembuhkanlah,
sesungguhnya Engkaulah yang meyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan
yang diberikan olehMu, kesembuhan yang tidak disertai rasa sakit".
24. Doa ketika dukacita.
لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
"Tidak
ada Tuhan yang berhak menyembuhkan melainkan Engkau, sesungguhnya aku termasuk
di kalangan orang-orang yang zalim".
25. Doa takziah kematian.
إن الله ما أخذ وله ما أعطى وكل شئ عنده بأجل مسمى فلتصبر ولتحتسب
"Sesungguhnya
kepunyaan Allah apa yang Ia ambil dan kepunyaanNya apa yang Ia berikan dan
segala sesuatu pada sisiNya sampai waktu yang ditentukan. Hendaklah kamu
bersabar dan mengharapkan ganjaran".
(Hadis riwayat Bukhari dari hadis usamah).
(Hadis riwayat Bukhari dari hadis usamah).
26. Doa dalam sembahyang jenazah.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ
وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ
الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ
أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ
مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ
"Ya Allah,
maafkanlah dia dan berilah rahmat ke atasnya, selamatkanlah dia dan ampunilah
dia, muliakanlah tempatnya, luaskan tempat masuknya dan bersihkanlah dia dengan
air salju dan air dingin. Sucikanlah dia dari kesalahan sebagaimana Engkau
bersihkan pakaian yang putih dari kotoran, gantikanlah baginya rumah yang lebih
baik daripada rumahnya, keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada
pasangan yang dimilikinya. Masukkanlah dia ke syurga dan lindungilah dia dari
azab kubur dan azab neraka".
Tidak ada komentar:
Posting Komentar